Dalam sidang media sama, Premier Sarawak, Tan sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri komited bekerjasama dalam membentuk program penyelidikan melalui jaringan geopark kebangsaan.
Jelasnya, pengiktirafan itu secara tidak langsung membangunkan sosio ekonomi rakyat menerusi perspektif, geo-pelancongan, selain mengintegrasi pemuliharaan bagi sumber semula jadi dan warisan budaya.